CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumat, 14 September 2012

sejarah youtube.

YouTube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai dan yang membenarkan penggunanya memuat naik, menonton, dan berkongsi klip video. Video-videonya boleh dinilai, dengan kedua-dua pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton dipaparkan. YouTube diasaskan bersama-sama oleh Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintis PayPal. Sebelum PayPal, Hurley belajar reka bentuk di Universiti Indiana Pennsylvania, manakala Chen dan Karim belajar sains komputer bersama-sama di Universiti Illinois di Urbana-Champaign.Nama domain "YouTube.com" diaktifkan pada 15 Februari 2005,dan laman web dibangun pada bulan-bulan yang berikut. Pencipta-penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005 dan enam bulan kemudian, YouTube muncul buat pertama kali secara rasmi. Sebelum YouTube dilancarkan pada 2005, terdapat sebilangan kecil kaedah mudah yang membolehkan pengguna biasa memuatkan video dalam Internet. Dengan antara mukanya yang serba ringkas, YouTube membolehkan sesiapa yang bersambungan Internet memuatkan video untuk dicapai oleh penonton seluruh dunia dalam masa beberapa minit. Berbagai-bagai topik yang diliputi oleh YouTube telah menerapkan kepentingan perkongsian video dalam budaya Internet.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Jumat, 14 September 2012

sejarah youtube.

Diposting oleh devi aprilinda di 05.30

0 komentar on "sejarah youtube."

Posting Komentar